إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Surah At-Taubah 9:18

Masjid Al-Islahiah ialah sebuah projek menaik taraf bangunan masjid yang sedia ada, merangkap masjid yang tertua di negeri Selangor, dan masjid utama kepada penduduk di sekitarnya. Rancangan untuk membaik pulih masjid ini adalah disebabkan oleh kepesatan pembangunan ekonomi di daerah Kuang. Oleh itu, masjid ini juga akan melalui beberapa perubahan daripada bangunan asalnya.

Pertambahan bilangan penduduk dan pertumbuhan yang pesat di daerah Kuang, memerlukan kami untuk mengubah suai dan membaik pulih masjid sejajar dengan arus pemodenan. Membina sebuah masjid, bukan sahaja bererti kita menyediakan tempat untuk ribuan umat Islam solat. Sebaliknya sebagai rumah Allah, masjid juga akan menjadi pusat muslimin dan muslimat menyebarkan kegiatan dakwah dan beraktiviti bersama. Tidak mustahil dengan adanya masjid, silaturrahim antara penduduk juga akan bertambah rapat. 

Pembinaan Masjid Al-Islahiah ini akan dapat memuatkan seramai 1,600 jemaah pada satu-satu masa. Apabila siap kelak, Masjid Al-islahiah akan tersergam indah dengan seni bina Islam yang bercirikan reka bentuk Senibina Oman, serta telah diolah dan disesuaikan dengan bahan binaan moden mengikut keadaan semasa bagi keseluruhan bangunan.

Masjid Al-Islahiah akan menyediakan ruang-ruang yang selesa kepada masyarakat setempat untuk aktiviti keagamaan dan sosial. Antara ruang yang disediakan:  

  • Dewan solat 2 aras, iaitu aras bawah & aras 1
  • Bilik Imam 
  • Bilik mesyuarat
  • Bilik Audio Visual (AV) 
  • Ruang Solat Terbuka (koridor)
  • Bilik wuduk / bilik air 
  • Bilik pengurusan jenazah
  • Bilik M&E
  • Stor
  • Minaret 
0
Sasaran Kutipan
0
Dana Terkumpul
100000
Masih Diperlukan

مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَاۤءُ ۗوَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

GAMBAR-GAMBAR TERKINI MASJID AL-ISLAHIAH

Dana Pembinaan Masjid Al-Islahiah

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Syukur kepada Allah سبحانه و تعالى kerana hasrat untuk membina sebuah masjid sebagai keperluan umat Islam di Kampung Damai khususnya, dan penduduk di sekitar Kuang umumnya, telah dikabulkan olehNya. Ia dapat dilihat dengan perjalanan pembinaan Masjid Al-Islahiah yang sudahpun menampakkan strukturnya.

Namun, untuk menyediakan tempat solat yang selesa kepada para jemaah, kami memerlukan dana yang tinggi, iaitu sebanyak RM7,442,000.00. Allahu.. Tidak daya kami untuk mendapatkan dana setinggi itu hanya dengan usaha kami sendiri.

Justeru itu, kami memerlukan sumbangan ikhlas anda untuk sama-sama membantu kami dalam mengumpulkan dana bagi meneruskan pembangunan Masjid Al-Islahiah, Kuang ini. Kerana, kami telah mensasarkan pembinaan untuk siap pada (jangkaan tarikh siap).

KAMI MEMOHON SUMBANGAN ANDA UNTUK MELESTARIKAN MASJID AL-ISLAHIAH

Sesungguhnya kami hanya mampu berbuat sehabis baik untuk penduduk Kampung Damai, Kuang. Mungkin Allah memberi kami dugaan kewangan ini untuk membuka jalan pahala kepada anda. Kerana sesungguhnya Dialah sebaik-baik pemberi pahala. Marilah bersama-sama kami untuk membangunkan Masjid Al-Islahiah sebagai pelaburan akhirat dan pelepas duka cita anda.

Anda boleh salurkan infaq atau wakaf anda terus ke akaun Masjid Al-Islahiah:

TABUNG MASJID AL-ISLAHIAH
5627 4014 0340

Setiap amalan yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ secara cash lagi di dunia. 

Itu janji Allah dalam al-Quran kepada sesiapa yang berbuat baik ke jalan Allah. 

Allah akan menggantikan semula setiap amalan dan kebaikan kita dengan ganjaran yang paling sedikit 10 kali ganda manakala yang paling banyak adalah 700 kali ganda pahala.

Tuan Haji Zainuddin Mohammad: 013 3372524

Tuan Haji Supandi Samin            : 014 2656607

Hubungi Kami