RM 0
Sasaran yang diperlukan
RM 0
Infaq Terkumpul
RM 0
Masih Diperlukan

BANTU 1,600 JEMAAH BERIBADAH DENGAN SELESA

LATAR BELAKANG

Masjid Al-Islahiah merupakan sebuah projek menaik taraf bangunan masjid yang sedia ada. Masjid Al-Islahiah merupakan masjid yang tertua di negeri Selangor, dan merupakan masjid utama kepada penduduk di sekitarnya.

Pertambahan bilangan jemaah serta kedudukan fizikal yang rendah menyebabkan ruang solat kerap kali dibanjiri air apabila hujan lebat.

DANA PEMBANGUNAN

Pembinaan Masjid Al-Islahiah ini akan dapat memuatkan seramai 1,600 jemaah pada satu-satu masa. Apabila siap kelak, Masjid Al-Islahiah akan tersergam indah dengan seni bina Islam serta diolah dan disesuaikan dengan bahan binaan moden mengikut kesesuaian keadaan semasa bagi keseluruhan bangunan.

Masjid Al-Islahiah akan menyediakan ruang-ruang yang selesa kepada masyarakat setempat untuk aktiviti keagamaan dan sosial. Antara ruang yang disediakan: 

*Klik pada gambar untuk imej lebih besar

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Syukur kepada Allah سبحانه و تعالى kerana hasrat untuk membina sebuah masjid sebagai keperluan umat Islam,  dan penduduk di sekitar Kuang umumnya, telah dikabulkan oleh-Nya. Alhamdulillah, Allah sedang lancarkan & permudahkan proses membina Masjid Al-Islahiah, melalui sokongan & sumbangan dari orang ramai.

Namun, untuk menyediakan tempat solat yang selesa kepada para jemaah, kami memerlukan dana yang tinggi, iaitu sebanyak RM12,000,000.00. Allahu.. Tidak daya kami untuk mendapatkan dana setinggi itu hanya dengan usaha kami sendiri.

Justeru itu, kami memerlukan sumbangan ikhlas anda untuk sama-sama membantu kami dalam mengumpulkan dana bagi meneruskan pembangunan Masjid Al-Islahiah, Kuang ini. 

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Ayuh imarahkan bulan Ramadan dengan membuat pelaburan demi saham akhirat kelak.

Atau anda boleh berinfaq secara online di bawah ini:

Infaq Pembinaan Masjid Al-Islahiah Secara Online

RM30.00RM30,000.00

SKU: N/A Category:

Hubungi Kami

Tuan Haji Zainuddin Mohammad
Tuan Haji Supandi Samin
FOLLOW FACEBOOK KAMI DI :
LOKASI

Masjid Al-Islahiah

KM 28,Jalan Kuang, 48050

Rawang, Selangor 

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

Surah al-Baqarah: 261